LAWATAN KERJA YB MORDI BIMOL, TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN KE SABAH

LAWATAN KERJA YB MORDI BIMOL, TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN KE SABAH

LAWATAN KERJA YB MORDI BIMOL, TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN KE SABAH

KOTA KINABALU, 01 Februari 2026 - Lawatan kerja YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan ke Sabah dimulakan dengan sesi pemantauan projek pembangunan.

Antara tumpuan ialah Projek Pembinaan Stadium Ragbi di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu yang kini berada dalam proses tender semula.

Pembinaan stadium seluas kira-kira 2.5 ekar ini dijangka mengambil masa 18 bulan, tertakluk kepada keperluan dan penambahbaikan semasa. Stadium berkapasiti 1,000 penonton ini bakal dilengkapi dengan kemudahan asas seperti pusat media, surau dan tandas bagi keselesaan pengguna.

Turut hadir YBrs. Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, dan YBrs. Puan Sempini Binti Langiton, Penolong Pengarah Sukan JBS Sabah.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#jbsnsabah
#MalaysiaMadani

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search