RIADAH MADANI YB TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA BERSAMA KBSK, JBSS, LSS DAN MSN SABAH

RIADAH MADANI YB TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA BERSAMA KBSK, JBSS, LSS DAN MSN SABAH

RIADAH MADANI YB TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA BERSAMA KBSK, JBSS, LSS DAN MSN SABAH

PUTATAN, 01 Februari 2026 - Riadah Madani bersama YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan pegawai serta kakitangan Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Lembaga Sukan Sabah dan Majlis Sukan Negeri Sabah di Kompleks Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.

Program sukan riadah yang diadakan bertujuan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan pemegang taruh pembangunan belia dan sukan di Sabah, serta mengukuhkan perpaduan di kalangan pegawai melalui aktiviti riadah dan sukan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. Antara aktiviti yang diadakan adalah perlawanan persahabatan badminton dan pickleball.

Turut hadir YBrs. Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, YBrs. Encik Mohd Asneh Mohd Noor, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah, YBrs. Encik Muhd. Firdaus bin Kassim, Timbalan Pengurus Besar Lembaga Sukan Sabah dan YBrs. Encik Mohd Fadzil @ Ahmad Fakry bin Maruji, Penolong Setiausaha Kementerian Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#jbsnsabah
#MalaysiaMadani

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search