LAWATAN RASMI TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN KE JABATAN BELIA DAN SUKAN (PERSEKUTUAN) NEGERI SABAH

LAWATAN RASMI TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN KE JABATAN BELIA DAN SUKAN (PERSEKUTUAN) NEGERI SABAH

LAWATAN RASMI TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN KE JABATAN BELIA DAN SUKAN (PERSEKUTUAN) NEGERI SABAH

KOTA KINABALU, 3 Februari 2026 – Yang Berhormat Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah mengadakan lawatan rasmi ke Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah bagi meninjau pelaksanaan program, operasi jabatan serta memperkukuh kerjasama strategik antara kementerian dan jabatan di peringkat negeri.

Ketibaan Yang Berhormat Timbalan Menteri telah disambut oleh Pengurusan Tertinggi Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah bersama barisan pegawai serta kakitangan jabatan. Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat jabatan yang telah disampaikan oleh Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.

Taklimat tersebut merangkumi peranan dan fungsi jabatan, cabaran pelaksanaan di peringkat negeri serta perancangan inisiatif strategik yang sedang dan akan dilaksanakan khususnya bagi pembangunan belia dan pemerkasaan sukan di Sabah.

Dalam ucapannya, Yang Berhormat Mordi Bimol menegaskan kepentingan tadbir urus yang cekap, penyampaian perkhidmatan yang berimpak tinggi serta komitmen berterusan dalam memastikan setiap program belia dan sukan memberi manfaat langsung kepada golongan sasaran. Beliau turut menyatakan sokongan penuh kementerian terhadap usaha dan inisiatif jabatan dalam melahirkan belia yang berdaya saing, progresif dan berintegriti.

Lawatan ini turut diserikan dengan sesi dialog bersama warga Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah bagi mendengar pandangan, cadangan serta isu-isu berbangkit dalam pelaksanaan program di peringkat akar umbi.

#TeamKBS
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#jbsnsabah

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search