- JBS Sabah
- Hits: 12
SEMBANG SANTAI YB TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA BERSAMA PEMEGANG TARUH BELIA, SUKAN DAN RAKAN MUDA SABAH!
- JBS Sabah
- Hits: 12
SEMBANG SANTAI YB TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA BERSAMA PEMEGANG TARUH BELIA, SUKAN DAN RAKAN MUDA SABAH !
PUTATAN, 1 Februari 2026 - Satu sesi sembang santai telah diadakan melibatkan YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia bersama pemegang taruh belia, sukan serta rakan muda Sabah berlansung hari ini bertempat di KOMBES JBS Sabah. Program ini bertujuan mengukuhkan hubungan kerjasama dan membuka ruang dialog dua hala dalam suasana yang lebih terbuka dan mesra.
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu serta cadangan berkaitan pembangunan belia dan sukan dibincangkan, termasuk peranan rakan muda dalam memperkasa program di peringkat akar umbi. YB Tuan Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia menzahirkan penghargaan terhadap komitmen dan idea yang dikongsi oleh para peserta.
Bersama-sama di dalam program ini ialah YBrs. Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah, Puan Sempini binti Langiton, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan dan Puan Metchella Febrynna Metha, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda.
Sesi ini diharap dapat menjadi platform berterusan untuk menyelaras usaha bersama, demi memperkasa ekosistem belia dan sukan di Sabah.
#JBSNKomited
#jbsnsabah
