SESI LIBAT URUS PINDAAN AKTA PEMBANGUNAN SUKAN 1997 (AKTA 576) ZON SABAH

SESI LIBAT URUS PINDAAN AKTA PEMBANGUNAN SUKAN 1997 (AKTA 576) ZON SABAH

SESI LIBAT URUS PINDAAN AKTA PEMBANGUNAN SUKAN 1997 (AKTA 576) ZON SABAH

KOTA KINABALU, 29 Januari 2026 – Sesi Libat Urus Pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) bagi Zon Sabah telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.

Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah ini diadakan bagi mendapatkan pandangan, input dan maklum balas daripada pelbagai pemegang taruh sukan berhubung cadangan pindaan terhadap Akta 576, agar ia kekal relevan dan selaras dengan keperluan semasa pembangunan sukan negara.

Sesi ini telah disertai oleh pelbagai wakil sektor sukan, persatuan sukan negeri, persatuan sukan daerah dan kelab sukan, termasuk agensi kerajaan dan badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sesi libat urus ini turut dihadiri YB Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif. Turut hadir, YBhg. Datuk Mansur Haji Asun, Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, YBrs. Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, YBrs. Encik Mohd Nizam bin Ismail, Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan JBSN, dan YBrs. Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah, JBS Sabah.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#jbsnsabah
#MalaysiaMadani

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search