MESYUARAT AKHIR JAWATANKUASA PELAKSANA KEMBARA JOM 2.0 ZON BORNEO 2025
KOTA MARUDU, 11 Ogos 2025 – Mesyuarat Akhir Jawatankuasa Pelaksana Kembara JOM 2.0 telah diadakan hari ini bagi memuktamadkan persiapan menjelang program yang bakal berlangsung pada 15 hingga 17 ogos ini. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Puan Meirin binti Sugara, Pegawai Daerah Kota Marudu, melibatkan penyelarasan akhir dari segi logistik, pengisian program, keselamatan, serta penglibatan sukarelawan.
Program Kembara JOM 2.0 bertujuan memperkasakan belia dan komuniti luar bandar melalui aktiviti kemasyarakatan, bengkel keusahawanan, serta ceramah motivasi. Mesyuarat ini turut menyaksikan komitmen penuh daripada semua agensi terlibat bagi memastikan kelancaran dan kejayaan penganjuran edisi kali ini.
YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia turut bersama sepanjang 3 hari program dilaksanakan di Kg. Tagaroh, Kota Marudu.
Turut bersama dalam mesyuarat ini ialah Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah.
FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT BAHAGIAN TAWAU MERIAH DI SMK JALAN APAS
TAWAU, 9 Ogos 2025 – Suasana meriah menyelubungi Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Apas, Tawau apabila ratusan belia berumur antara 15 hingga 30 tahun berkumpul menjayakan Fiesta Rakan Muda yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Tawau dan Kelab Rakan Muda Tawau.
Fiesta ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan Kawad Kaki (Rakan Mahir) pertandingan Doodle Art (Rakan Ekspresi) Pertandingan Inovasi Recycle (Rakan Inovasi), pameran Rakan Muda, pendaftaran Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA), aktiviti Kokurikulum Sekolah dan gotong-royong Madani. Majlis perasmian disempurnakan oleh Puan Junaidah Amir, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tawau, Sektor Perancangan yang hadir mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Tawau.
Dalam ucapan perasmian, Puan Junaidah menyatakan belia adalah aset negara dan akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan. Justeru penganjuran Fiesta Rakan Muda ini dapat membantu dalam membentuk jati diri dan kemahiran generasi muda. Fiesta ini juga adalah bukti komitmen Kerajaan dalam memperkasa golongan belia sebagai pemimpin masa depan. Beliau turut menekankan pentingnya disiplin, kerjasama, dan semangat berinovasi dalam kalangan belia sebagai modal utama untuk kejayaan mereka di masa depan. “Melalui platform seperti ini, kita bukan sahaja dapat mengasah bakat, tetapi juga membentuk karakter dan keyakinan diri yang akan membantu belia dalam menghadapi cabaran kehidupan,”.
Program turut diserikan dengan kehadiran Encik Mohd Faiz Ridwan bin Mohd Noor, Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau; Encik Abd Wahid bin Abd Rahman, Pengetua SMK Jalan Apas; Encik Arbin bin Serta, Pengetua SMK Balung; serta Cik Nursayfaesyah Foo Binti Mohd Sayful, Pengerusi Kelab Rakan Muda Tawau.
PROGRAM FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT BAHAGIAN PANTAI BARAT TAHUN 2025.
PUTATAN, 9 Ogos 2025 – Baru-baru ini Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat melaksanakan Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Bahagian Tahun 2025 dengan kerjasama Persatuan Rekreasi Ranau, Pejabat Pendidikan Daerah Penampang dan SMK Putatan. Program ini dilaksanakan di SMK Putatan. Program ini adalah bertujuan untuk membina bakat dan kemahiran anak muda dalam bidang persembahan, khususnya kawad kaki (Rakan Mahir), Doodle Art (Rakan Ekspresi) dan Inovasi Recyle(Rakan Bumi). Tiga aktiviti ini telah dilaksanakan secara serentak di SMK Putatan. Penglibatan sekolah-sekolah ini adalah melalui Pejabat Pendidikan Daerah Penampang. Seramai 155 orang telah menyertai ketiga-tiga aktiviti seperti Pertandingan Inovasi Recycle, Doodle Art dan Pertandingan kawad kaki. Bagi aktiviti Pertandigan Inovasi Recyle Johan telah menghasilkan sebuah beg tangan yang diperbuat daripada kertas surat khabar iaitu dimenangi oleh Adik Farhan Bin Sami dan Adik Dayang Wafa Wafiqah bte Muhammad Rilsahaarul dari SMK Putatan dan membawa wang tunai bernilai RM700.00 beserta sijil penghargaan. Naib Johan telah menghasilkan sebuah beg melukis dan mewarna mudah alih yang dimenangi oleh Adik Presley Judnewell daripada SMK Putatan dan membawa pulang wang bernilai RM500.00 beserta sijil penghargaan. Tempat ke-tiga telah menghasilkan Inovsai Trashfomer dari SMK Datuk Peter Majuntin dimenangi oleh Adik Fanella Gabriella dan Adik Nur Ain Nadhrah membawa wang tunai bernilai RM300.00 berserta sijil penghargaan. Tempat ke-empat menghasilkan micko mola dari SMK Putatan dimenangi oleh Adik Khairul Chathuporn dan Shariff Irfanhaddy bernilai RM200.00 beserta sijil penghargaan. Tempat Kelima menghasilkan superchier dimenangi oleh Adik Muhammad Sirhan bin Pelsikal dari SMK Putatan membawa pulang wang bernilai RM200.00 beserta sijil penghargaan. Pertandingan ini dihadiri dua orang juri iaitu Encik Fredelis bin Stephen dari SMK Tambunan dan Cik Dayang Asla Marhain Binti Mazlan dari SK Pekan Putatan. Sementara untuk Pertandingan Doodle Art ini menerima wang tunai bernilai RM500.00 berserta sijil penghargaan dimenangi oleh Adik Mohamad Kursid dari SMK Putatan , Naib Johan menerima wang tunai bernilai RM300.00 di menangi oleh Adik Nur Kasih Amirah Binti Mainin, Tempat Ketiga menerima wang tunai RM200.00 dimenangi oleh Nurqaseh Miya Fairyscha binti Osman, Tempat ke empat menerima wang tunai RM100.00 dimenangi oleh adik Relaida Binti Abdul. Kelima dimenangi menerim awing tunai RM100.00 dimenangi oleh Adik Syanesa Natalia Bte Nazir. Bagi Pertandingan Kawad kaki diselia sepenuhnya oleh Pejabat Pendidikan Daerah, Penampang. Antara yang terlibat dalam pertandingan tersebut terdiri daripada SMK Nangka, Tuaran, SMK Tebobon Kota Kinabalu, kor kadet Polis gabungan sekolah-sekolah daerah Penampang, SMK Kinarut, Papar, SMK Tebobon, KSM St Peter Telipok Kota Kinabalu, SK Pengeran Siti Habsah Karambunai Kota Kinabalu, Persekututan Pengakap Malaysia SK Pengkalan TLDM, Kota Kinabalu dan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) SK Tebobon. Majlis Penutupan Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Bahagian Pantai Barat disempurnakan oleh Tuan Haji Rusmadi bin Ahmad, Pegawai Pendidikan Daerah Penampang. Turut hadir iaitu Puan Zarida binti Haji Mohd Junaidi, Pengetua sekolah Menengah Kebangsaan Putatan, Puan Dayangku Rahimah Pg. Hassan, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Puan Noraininah binti Murah, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Bahagian Unit Bakat Kokurikulum), Pejabat Pendidikan Daerah Penampang, Puan Faridah Binti Yanin, Penolong Kanan Pentadbiran, Sekolah Menengah Putatan dan Dr. Mohd Nordin bin Haji Khadis, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Putatan.
FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT BAHAGIAN PEDALAMAN ATAS 2025
9 OGOS 2025, KENINGAU - Fiesta Rakan Muda Peringkat Bahagian Pedalaman Atas Tahun 2025 telah diadakan di Kolej Vokasional Keningau bagi Pertandingan Inovasi Kitar Semula dan Pertandingan Doodle Arts manakala Pertandingan Kawad diadakan di SMJK Chung Hwa, Tenom.
Program ini merupakan anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pedalaman Atas, Kolej Vokasional Keningau dan Pejabat Pendidikan Daerah Tenom.
Antara lain objektif program ini adalah membangunkan bakat dan kemahiran anak muda dalam seni persembahan kawad kaki, doodle arts dan inovasi kitar semula.
Program ini dirasmikan oleh Puan Clarissa Nancy L. Imui, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Keningau. Tahniah kepada adik Sullivan Mikhael Silwanus dan adik Bevanny Adelia Benadict kerana mendapat johan bagi Pertandingan Doodle Arts dan Pertandingan Inovasi Kitar Semula.
Turut hadir En. Lumang Anak Lang, Pengarah Kolej Vokasional Keningau dan En. Mohamad Khaled bin Januil, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pedalaman Atas
LAWATAN KERJA RASMI DI PEJABAT BELIA DAN SUKAN (PERSEKUTUAN) BAHAGIAN SANDAKAN
8 Ogos 2025, SANDAKAN - Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Sandakan telah menerima lawatan kerja rasmi yang diketuai oleh Timbalan Pengarah.
Tujuan lawatan ini adalah untuk: i) Pemeriksaan dokumen-dokumen kewangan/perolehan AP309 ii) Pemeriksaan dalaman AP308 iii) Pemeriksaan buku perkhidmatan pegawai-pegawai Sandakan iv) Penekanan aspek disiplin pegawai termasuk kehadiran, pemakaian, dan keberadaan di pejabat v) Nasihat kepada pegawai agar sentiasa menjaga kesihatan dan mengamalkan teamwork demi membentuk pasukan mantap serta hasil kerja yang berkualiti
Turut hadir: En. Noorman bin Ramlan Pn. Ruanah binti Kassim Pn. Aisah binti Norbin En. Salleh Uddin bin Tamit En. Edmund bin Adur Cik Georgena Aryen George
PBS(P) Bahagian Sandakan berterima kasih atas kunjungan dan bimbingan yang diberikan, semoga dapat meningkatkan mutu kerja serta semangat kerjasama di kalangan pegawai.
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT BAHAGIAN TAWAU 2025
TAWAU, 6 Ogos 2025 – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Bahagian Tawau 2025 telah berlangsung dengan jayanya hari ini, menghimpunkan wakil-wakil belia dari pelbagai pertubuhan, agensi kerajaan dan pihak berkepentingan bagi membincangkan isu serta aspirasi belia di Bahagian Tawau.
MPBN yang diadakan di Dewan Persidangan Majlis Perbandaran Tawau itu dipengerusikan oleh YBhg. Encik Pang Pick Lim @ Joseph, Presiden Majlis Perbandaran Tawau telah menyenaraikan 8 usul belia setempat.
MPBN ini menjadi platform penting bagi memperkasakan suara belia dalam proses pembangunan dasar serta merapatkan hubungan antara pihak kerajaan dan golongan muda di peringkat akar umbi.
Turut bersama dalam persidangan ini ialah Encik Mohd Faiz Ridwan bin Mohd Noor, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Tawau dan Encik Syed Ridzuan Sharif Sihan, Pegawai Pengelola, Pejabat KBSS Bahagian Tawau.
5 OGOS 2025, KUDAT - Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Kudat telah menerima lawatan kerja daripada pihak Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Sabah.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk: Pemeriksaan dalam AP308 Pemeriksaan buku perkhidmatan pegawai-pegawai Kudat Perbincangan berkaitan isu-isu kewangan, pentadbiran serta keadaan bangunan pejabat.
Turut hadir dalam lawatan ini: En. Noorman Bin Ramlan – Timbalan Pengarah Pn. Ruanah Binti Kassim Pn. Aisah Binti Norbin En. Salleh Uddin Bin Tamit En. Edmund Bin Adur
Pihak Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Kudat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas lawatan ini yang amat bermakna dalam memperkukuh tadbir urus serta mempertingkat mutu perkhidmatan kepada belia setempat.
MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PROGRAM KEMBARA JOM PERINGKAT NEGERI SABAH
KOTA MARUDU, 4 Ogos 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Program Kembara JOM Peringkat Negeri Sabah telah diadakan dengan jayanya hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Kota Marudu.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah bertujuan untuk menyelaras pelaksanaan program ini melibatkan agensi-agensi kerajaan serta NGO setempat.
Program Kembara JOM ini akan dilaksanakan pada 15 hingga 17 Ogos 2025 bertempat di Kg. Tagaroh, Kota Marudu melibatkan seramai 60 orang peserta yang akan ditempatkan bersama keluarga angkat masing-masing.
Turut hadir dalam mesyuarat ialah wakil-wakil daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan negeri serta persekutuan yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan program tersebut.
PERTANDINGAN BIGGEST LOSER KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA 2025 PERINGKAT NEGERI SABAH
KOTA KINABALU, 02 Ogos 2025 - Seramai 40 orang peserta yang terpilih dan menyertai sesi "work out" dalam Pertandingan Biggest Loser KBS Malaysia 2025 Peringkat Negeri Sabah yang berlangsung di Dewan Terbuka Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
Antara objektif program adalah mempromosi gaya hidup sihat dikalangan rakyat Malaysia, selain itu bertujuan melahirkan masyarakat yang sihat dan aktif seterusnya meningkatkan produktiviti untuk bekerja dan menjalankan aktiviti harian.
Turut hadir dalam sesi ini YBrs. Puan Farizah binti Bohari, Pegawai Kecergasan Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262