- JBS Sabah
- Hits: 23
KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT BAHAGIAN SANDAKAN BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA
- JBS Sabah
- Hits: 23
KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT BAHAGIAN SANDAKAN BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA
SANDAKAN, 26 OKTOBER 2025 - Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Sandakan yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Sukan Sandakan berjaya menarik penyertaan 50 orang pelajar dari 5 buah sekolah di daerah Sandakan. Antaranya adalah SMKA Tun Juhar, SM St Mary, SM Sung Siew, SMK Elopura 2 dan SMK Sandakan 2.
Sepanjang kem tersebut, para peserta terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti ceramah motivasi, ceramah kesedaran, latihan kepimpinan, gotong-royong komuniti, serta aktiviti luar yang dapat menjadi platform penting untuk membentuk belia yang berdaya saing serta mampu menjadi agen perubahan positif dalam masyarakat.
Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah.
Turut bersama dalam majlis ini ialah Encik Mohd Syahrin bin Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sandakan serta Adik Rismal bin Abdul Rahman, Wakil Peserta Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Sandakan.
#TeamJBSN
#jbsnsabah
