MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI SABAH BIL.2 2025
TAWAU, 30 September 2025 - Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sabah Bil.2/2025 telah berlangsung hari ini di Dewan Persidangan, Majlis Perbandaran Tawau. Mesyuarat kali ini membincangkan persiapan dan maklumbalas jabatan dan agensi bagi Jawatankuasa Pelaksana Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Negeri Sabah.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Mohd Shoffian Mohd Said, Timbalan Presiden, Majlis Perbandaran Tawau. Turut hadir, YBhg. Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, YBhg. Encik Haerul Marsudin, Pegawai Sukan Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Daerah Tawau dalam Jawatankuasa Pelaksana HSN2025 Sabah.
28 September 2025, KOTA BELUD - Slot terakhir bagi pelaksanaan Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Kudat adalah Slot Jangan Ambik! dan Pit Stop Minda Sihat yang disampaikan oleh AADK dan KKM.
Objektif utama slot ini adalah untuk meningkatkan kesedaran serta pengetahuan mengenai bahaya dadah dan mewujudkan kesedaran awal tentang kesihatan mental.
Majlis perasmian dan penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Peter Jiton, Pegawai Daerah Kota Belud.
Turut bersama dalam majlis ini ialah Puan Nyuk Yin Tseu, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kudat dan Puan Mardiana Ambo Ache, Pegawai Pembangunan Sosial, Bahagian Pembangunan Belia, JBS Sabah.
SABAH MUNCUL JUARA SUKAN BOLA JARING SEMPENA KEJOHANAN LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT KEBANGSAAN 2025
BANGI, 28 September 2025 - Pasukan Bola Jaring Negeri Sabah muncul Juara di Kejohanan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Kebangsaan 2025 bertempat di UNITEN Kampus Putrajaya.
Perlawanan akhir menentang Kuala Lumpur dengan kemenangan 27 - 13 menobatkan Sabah selaku Juara bagi Sukan Bola Jaring. Sorotan utama kejohanan ini adalah penganugerahan Pemain Terbaik Bola Jaring telah di anugerahkan kepada Cik Mitchellvie Vinus daripada Pemain Sabah yang bermain di posisi Centre yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan, dengan ketangkasan dan ketepatan hantaran.
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan Azura Abidin.
Turut hadir memberi sokongan Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Encik Noorman bin Ramlan dan Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Encik Fedrius bin Jumi.
RAKAN PRIHATIN: PROGRAM MOBILISASI SATRIA KUKUHKAN SEMANGAT KESUKARELAWANAN BELIA SEMPENA HARI CUCI MALAYSIA
KOTA BELUD, 27 September 2025 – Program Rakan Prihatin: Mobilisasi SATRIA (Sosial & Pasca Bencana) Bahagian Kudat telah dilaksanakan di Darul Bakti, Kota Belud, seminggu selepas kawasan itu dilanda banjir pada 20 September lalu.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Kudat dengan kerjasama Kelab Belia Dinamik Kg. Salaping ini turut disertai sukarelawan SATRIA daripada Kelab Anak Muda Progresif Pekan Kudat dan Kelab Belia Maju Kampung Tempasuk 2. Pelaksanaannya juga bersempena Sambutan Hari Cuci Malaysia 2025.
Antara pengisian utama program ialah gotong-royong pembersihan kawasan serta aktiviti menyantuni anak-anak Darul Bakti Kota Belud, yang dilihat mampu meringankan beban komuniti pasca banjir.
Menurut penganjur, program ini bukan sahaja memberi bantuan segera kepada komuniti terjejas, malah berperanan menggalakkan dan melahirkan sukarelawan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab serta mempunyai nilai kesukarelawanan yang tinggi, di samping memupuk semangat saling bantu-membantu dan kepekaan terhadap keadaan sekeliling.
Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Puan Nyuk Yin Tseu, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Kudat. Turut hadir ialah Ustaz Rahmat Lokman, Pengetua Darul Bakti Kota Belud yang menyambut rombongan sukarelawan serta menzahirkan penghargaan atas keprihatinan dan sokongan semua pihak.
Program ini sekali gus membuktikan kesungguhan belia dalam mempraktikkan nilai kesukarelawanan serta memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan, NGO dan masyarakat setempat.
SEMANGAT RAKAN PRIHATIN SATUKAN SUKARELAWAN DEMI MISI SOSIAL DAN PASCA BENCANA SERTA SEMPENA HARI CUCI MALAYSIA
PUTATAN, 27 September 2025 – Program Rakan Prihatin: Mobilasi Sukarelawan Anak Malaysia (Sosial dan Pasca Bencana) Peringkat Bahagian Pantai Barat berjaya menghimpunkan seramai 45 orang sukarelawan dalam satu misi kebersamaan yang berlangsung di Kampung Ulu Seberang, Putatan.
Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan(P) Bahagian Pantai Barat dengan kerjasama Kelab Belia Bukit Padang, USIA Cawangan Kampung Ulu/Ulu Seberang Putatan, serta JKKK Kampung Ulu/Ulu Seberang Putatan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Metchella Febrynna Metha, Pegawai Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, manakala Tuan Haji Zainuddin bin Awang, Pengerusi USIA Cawangan Kampung Ulu/Ulu Seberang Putatan turut hadir memberi sokongan dan beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan kesyukuran dan terima kasih kepada pihak Pejabat Belia dan Sukan(P) Bahagian Pantai Barat kerana memberi peluang mengadakan program ini di kampung Ulu seberang, Putatan.
Dalam ucapannya, Puan Metchella menekankan bahawa program sebegini amat penting untuk membentuk generasi belia yang bukan sahaja prihatin, tetapi juga bersedia menghulurkan bantuan tenaga ketika diperlukan. “Program Rakan Prihatin: Mobalisasi Sukarelawan anak Malaysia (Sosial & Pasca Bencana) Peringkat Bahagian Pantai Barat Tahun 2025 ini menjadi bukti bahawa Anak Malaysia, khususnya golongan belia, sentiasa bersatu hati untuk berbakti kepada masyarakat. Kehadiran 45 sukarelawan dan penduduk kampung di Kampung Ulu Seberang ini menunjukkan kesediaan kita menghadapi cabaran sosial dan bencana dengan penuh semangat kebersamaan,” katanya.
Antara pengisian utama adalah aktiviti gotong-royong komuniti, pembersihan parit sepanjang kampung, serta sesi kesedaran mengenai kepentingan kesiapsiagaan bencana. Usaha ini secara langsung memberi manfaat kepada penduduk setempat di samping memperkukuh jalinan perpaduan dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia.
Program ini diharap dapat dijadikan platform berterusan untuk menyatukan tenaga sukarelawan muda demi kesejahteraan masyarakat dan solidariti nasional.
PUTATAN, 27 September 2025 - Program Aktif Ekspres Peringkat Negeri Sabah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
Penyertaan program kali ini adalah dari kalangan peserta wanita di pelajar IPT, badan kerajaan dan Ngo's.
Antara objektif program adalah mempromosi gaya hidup sihat dikalangan rakyat Malaysia dan melahirkan masyarakat yang sihat dan aktif seterusnya meningkatkan produktiviti untuk bekerja dan menjalankan aktiviti harian seterusnya sebagai satu medium untuk mendidik rakyat Malaysia terutama golongan wanita agar mengaplikasikan pengetahuan tentang gaya hidup aktif Dan pemakanan yang sihat di dalam kehidupan seharian dalam mendapatkan berat badan yang ideal.
27 September 2025 , KOTA BELUD - Bagi pengisian Slot Kisah Kita, Encik Hajismail bin Abd Gapak seorang aktivis belia telah berkongsi kisah kejayaan serta maklumat untuk meningkatkan kualiti kesejahteraan hidup dan dijadikan contoh oleh peserta.
Selain itu, para peserta juga diberi kefahaman dan kesedaran berkaitan ancaman keganasan dan kesan terhadap kesejahteraan dan keharmonian negara yang telah disampaikan oleh Insp Abdul Aziz bin Chucu, Pegawai Kanan Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas, IPK Sabah.
Peserta juga terlibat dalam aktiviti khidmat masyarakat yang dilaksanakan di Rumah Anak Yatim Darul Bakti, Kota Belud bagi mengajar mereka lebih prihatin dan mempunyai sifat empati yang tinggi.
BANGI, 27 September 2025 - Pasukan Sepak Takraw Negeri Sabah menempah tiket ke Suku Akhir Kejohanan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Kebangsaan 2025 bertempat di UNITEN Kampus Putrajaya.
Perlawanan penentuan menentang Melaka dengan kemenangan set 2-1 melayakkan Sabah melangkah ke Suku Akhir. Turut hadir memberi sokongan Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dan Encik Fedrius bin Jumi, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
BOLA JARING SABAH LANGKAH KANAN MENANG 2 PERLAWAN DALAM KUMPULAN
BANGI, 26 September 2025 - Pasukan Bola Jaring Negeri Sabah menempah tiket ke Suku Akhir Kejohanan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Kebangsaan 2025 bertempat di UNITEN Kampus Putrajaya.
Perlawanan pertama menentang Perak dengan kemenangan 22-13 dan perlawanan kedua menentang Labuan dengan kemenangan 38-14.
Turut hadir memberi sokongan Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dan Encik Fedrius bin Jumi, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
Sabah Onsoii.. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #jbsnsabah #KBSSabah #MalaysiaMadani #SabahMajuJaya
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262