SEMANGAT RAKAN PRIHATIN SATUKAN SUKARELAWAN DEMI MISI SOSIAL DAN PASCA BENCANA SERTA SEMPENA HARI CUCI MALAYSIA

SEMANGAT RAKAN PRIHATIN SATUKAN SUKARELAWAN DEMI MISI SOSIAL DAN PASCA BENCANA SERTA SEMPENA HARI CUCI MALAYSIA

PUTATAN, 27 September 2025 – Program Rakan Prihatin: Mobilasi Sukarelawan Anak Malaysia (Sosial dan Pasca Bencana) Peringkat Bahagian Pantai Barat berjaya menghimpunkan seramai 45 orang sukarelawan dalam satu misi kebersamaan yang berlangsung di Kampung Ulu Seberang, Putatan.

Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan(P) Bahagian Pantai Barat dengan kerjasama Kelab Belia Bukit Padang, USIA Cawangan Kampung Ulu/Ulu Seberang Putatan, serta JKKK Kampung Ulu/Ulu Seberang Putatan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Metchella Febrynna Metha, Pegawai Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, manakala Tuan Haji Zainuddin bin Awang, Pengerusi USIA Cawangan Kampung Ulu/Ulu Seberang Putatan turut hadir memberi sokongan dan beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan kesyukuran dan terima kasih kepada pihak Pejabat Belia dan Sukan(P) Bahagian Pantai Barat kerana memberi peluang mengadakan program ini di kampung Ulu seberang, Putatan.

Dalam ucapannya, Puan Metchella menekankan bahawa program sebegini amat penting untuk membentuk generasi belia yang bukan sahaja prihatin, tetapi juga bersedia menghulurkan bantuan tenaga ketika diperlukan.
“Program Rakan Prihatin: Mobalisasi Sukarelawan anak Malaysia (Sosial & Pasca Bencana) Peringkat Bahagian Pantai Barat Tahun 2025 ini menjadi bukti bahawa Anak Malaysia, khususnya golongan belia, sentiasa bersatu hati untuk berbakti kepada masyarakat. Kehadiran 45 sukarelawan dan penduduk kampung di Kampung Ulu Seberang ini menunjukkan kesediaan kita menghadapi cabaran sosial dan bencana dengan penuh semangat kebersamaan,” katanya.

Antara pengisian utama adalah aktiviti gotong-royong komuniti, pembersihan parit sepanjang kampung, serta sesi kesedaran mengenai kepentingan kesiapsiagaan bencana. Usaha ini secara langsung memberi manfaat kepada penduduk setempat di samping memperkukuh jalinan perpaduan dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia.

Program ini diharap dapat dijadikan platform berterusan untuk menyatukan tenaga sukarelawan muda demi kesejahteraan masyarakat dan solidariti nasional.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search