- JBS Sabah
- Hits: 31
MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI SABAH BIL.2 2025
- JBS Sabah
- Hits: 31
MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI SABAH BIL.2 2025
TAWAU, 30 September 2025 - Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sabah Bil.2/2025 telah berlangsung hari ini di Dewan Persidangan, Majlis Perbandaran Tawau.
Mesyuarat kali ini membincangkan persiapan dan maklumbalas jabatan dan agensi bagi Jawatankuasa Pelaksana Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Negeri Sabah.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Mohd Shoffian Mohd Said, Timbalan Presiden, Majlis Perbandaran Tawau.
Turut hadir, YBhg. Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, YBhg. Encik Haerul Marsudin, Pegawai Sukan Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Daerah Tawau dalam Jawatankuasa Pelaksana HSN2025 Sabah.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#jbsnsabah
#KBSSabah
#MalaysiaMadani
#SabahMajuJaya
