RAKAN PRIHATIN: PROGRAM MOBILISASI SATRIA KUKUHKAN SEMANGAT KESUKARELAWANAN BELIA SEMPENA HARI CUCI MALAYSIA

RAKAN PRIHATIN: PROGRAM MOBILISASI SATRIA KUKUHKAN SEMANGAT KESUKARELAWANAN BELIA SEMPENA HARI CUCI MALAYSIA

KOTA BELUD, 27 September 2025 – Program Rakan Prihatin: Mobilisasi SATRIA (Sosial & Pasca Bencana) Bahagian Kudat telah dilaksanakan di Darul Bakti, Kota Belud, seminggu selepas kawasan itu dilanda banjir pada 20 September lalu.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Kudat dengan kerjasama Kelab Belia Dinamik Kg. Salaping ini turut disertai sukarelawan SATRIA daripada Kelab Anak Muda Progresif Pekan Kudat dan Kelab Belia Maju Kampung Tempasuk 2. Pelaksanaannya juga bersempena Sambutan Hari Cuci Malaysia 2025.

Antara pengisian utama program ialah gotong-royong pembersihan kawasan serta aktiviti menyantuni anak-anak Darul Bakti Kota Belud, yang dilihat mampu meringankan beban komuniti pasca banjir.

Menurut penganjur, program ini bukan sahaja memberi bantuan segera kepada komuniti terjejas, malah berperanan menggalakkan dan melahirkan sukarelawan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab serta mempunyai nilai kesukarelawanan yang tinggi, di samping memupuk semangat saling bantu-membantu dan kepekaan terhadap keadaan sekeliling.

Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Puan Nyuk Yin Tseu, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Kudat. Turut hadir ialah Ustaz Rahmat Lokman, Pengetua Darul Bakti Kota Belud yang menyambut rombongan sukarelawan serta menzahirkan penghargaan atas keprihatinan dan sokongan semua pihak.

Program ini sekali gus membuktikan kesungguhan belia dalam mempraktikkan nilai kesukarelawanan serta memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan, NGO dan masyarakat setempat.

#rakanmuda
#RakanPrihatin
#JBSNKomited
#jbssabah
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search