MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM KEMBARA JUMPA ORANG MUDA 2025
KOTA KINABALU, 3 Jun 2025 - Mesyuarat Penyelarasan Program Kembara Jumpa Orang Muda telah diadakan secara dalam talian dan dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia JBSN yang juga melibatkan Pejabat Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, ROY, IYRES dan Impact.
Input utama dari JBS Sabah adalah pemilihan Kg. Gelam-Gelam, Pulau Bum Bum, Semporna sebagai cadangan lokasi pelaksanaan Program Kembara JOM kali ini.
JBS Sabah diwakili oleh Puan Jovanna Juanis, Pegawai Unit Pembangunan Kepimpinan, Bahagian Pembangunan Belia.
MAJLIS PENYERAHAN GELANGGANG BOLA TAMPAR BERBUMBUNG KAMPUNG BIAH SKIM, KENINGAU
KENINGAU, 28 Mei 2025 - Majlis Penyerahan Gelanggang Bola Tampar Berbumbung Kampung Biah Skim, Keningau telah di sempurnakan oleh YBhg. Encik Norman bin Ramlan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
Dalam ucapan beliau, gelanggang yang telah dinaik taraf oleh Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ini dapat digunakan dan dijaga sebaiknya bagi memenuhi kehendak dan keperluan belia di kampung tersebut. Hal ini sekaligus dapat mencari lebih ramai bakat-bakat baru dan melahirkan masyarakat yang aktif bersukan.
Turut hadir dalam majlis tersebut, YBhg. Encik Tony Talasoi, Pegawai Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.45 Sook, YBrs. Encik Fedrius Jumi, Penolong Pengarah Sukan JBS Sabah, YBrs. Encik Mohd Khaled bin Januil, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau, YBrs. Puan Rtlis Baas, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan dan Kemajuan Kampung Biah Skim, pihak kontraktor dan Jawatankuasa Persatuan Belia Kg. Biah Skim, Keningau.
POST MORTEM SEMARAK HBN PANTAI BARAT 2025 ASAS UNTUK PENAMBAHBAIKAN PADA MASA AKAN DATANG
PUTATAN, 27 MEI 2025 - Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Pantai Barat Tahun 2025 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 15 Mei 2025 yang lalu. Bagi menambahbaik pelaksanaan program ini, Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat telah mengadakan satu sesi post mortem bagi menilai dan memperkukuhkan keberkesanan program ini.
Antara perkara yang menjadi agenda dalam dalam sesi tersebut adalah cadangan penambahbaikan penyediaan bumbung tempat peniaga, kepelbagaian medium promosi dan juga pembentangan laporan penuh program oleh pihak PBSB Pantai Barat bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program seumpama ini pada masa akan datang.
Hasil perbincangan ini diharap akan membawa manfaat lebih besar kepada para rakan strategik dan warga belia bagi memastikan setiap aktiviti dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan memberi impak positif. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
Secara rumusan, program Semarak HBN Peringkat Bahagian Pantai Barat telahpun berlangsung dengan jayanya dan mencapai sasaran penyertaan yang telah ditetapkan serta menepati objektif yang telah digariskan.
Sesi post mortem yang dihadiri oleh rakan strategik dan NGO PBSB Pantai Barat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Abdul Hasrul bin Sulaiman, Pengurus Besar, Pertubuhan Peladang Kawasan Putatan, merangkap Pengerusi bersama Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Pantai Barat Tahun 2025.
KOTA KINABALU, 26 Mei 2025 - Perbincangan Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) telah diadakan secara dalam talian Melibatkan Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau yang dipengerusikan oleh Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah.
Isi utama perbincangan adalah mengenai kaedah pelaksanaan dan cadangan lokasi program ini di bahagian Tawau.
Bersama di dalam perbincangan ini ialah Encik Mohd Faiz Ridwan bin Mohd Noor, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Tawau dan Puan Jovanna Juanis, Pegawai Unit Pembangunan Kepimpinan, Bahagian Pembangunan Belia, JBS Sabah.
KOTA KINABALU,24 Mei 2025 - Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson telah menganjurkan Bengkel Profesionalisme Kerja Belia bertempat di Klagan Hotel, Kota Kinabalu.
Seramai 39 orang peserta merupakan Pegawai Skim S Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan NGO telah menyertai bengkel ini.
Profesionalisme Kerja Belia (PKB) merupakan usaha untuk memperkasakan pembangunan belia di Malaysia.
Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah.
PUTATAN, 22 May 2025 (Khamis) - Bahagian Pengurusan Jabatan Belia Dan Sukan (Persekutuan) Sabah telah menjalankan kerja pelupusan fail dan rekod jabatan bermula dari tahun 1992 sehingga 2017 yang telah mendapat kelulusan daripada pihak Arkib Negara Malaysia dan Jabatan Akauntan Negara, pada 21 dan 22 May 2025.
Pihak jabatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam kerja pelupusan ini.
KOTA KINABALU, 20 Mei 2025 - Satu Mesyuarat Penyelarasan Projek Reben Kuning Peringkat Negeri Sabah telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Jabatan Penjara Negeri Sabah.
Agenda utama yang dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah mengenai senarai cadangan syarikat yang akan terlibat dalam pelaksanaan Projek Reben Kuning ini yang mana para peserta akan ditempatkan bekerja dengan industri atau syarikat selama 6 bulan.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh PKK Ab Nasif bin Sarahan, Timbalan Pengarah, Jabatan Penjara Negeri Sabah.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah dan Puan Jamnah Jamrang, Pegawai Eksekutif PERKESO Negeri Sabah.
Anda berumur 18 hingga 30 tahun? Aktif, berwawasan dan mahu mencorak masa depan negara? 🤔
Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) kini membuka pencalonan untuk Ahli Lantikan Menteri! 🤝
Ini peluang untuk anda:
✔️ Suarakan isu pembangunan belia secara terus kepada pihak Kerajaan
✔️ Nilai tambah kepada profail diri belia
✔️ Bina jaringan bersama pemimpin-pemimpin persatuan belia lain seluruh negara
Kami cari anda yang:
✅ Berfikiran kritikal
✅ Aktif dalam komuniti atau organisasi belia
✅ Mempunyai idea segar dan semangat untuk membawa suara belia
Jangan tunggu lagi. Suara anda penting.
Klik link di bio atau imbas kod QR di poster untuk info lanjut & permohonan 🙌
Pautan permohonan juga boleh diakses seperti berikut: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeEk75AMSGdi8IHXI-LlAa5nWy-oA4hX_hlsMXQt2FVe6M9_g/viewform?usp=dialog 🔗
KOTA KINABALU ,17 Mei 2025- Sempena Hari Belia Negara peringkat Negeri Sabah telah diadakan Pavilion Rakan Muda bertempat di Kompleks Sukan Kota Kinabalu.
Pavilion Rakan Muda telah dikunjungi oleh para belia dari pelbagai latar belakang di seluruh Negeri Sabah. Antara pengisian dan aktiviti di Pavilion Rakan Muda ialah pendaftaran sukarelawan,promosi program -program Rakan Muda dan aktiviti indoor games yang dikunjungi lebih daripada seribu orang belia.
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262