KOTA KINABALU,24 Mei 2025 - Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson telah menganjurkan Bengkel Profesionalisme Kerja Belia bertempat di Klagan Hotel, Kota Kinabalu.
Seramai 39 orang peserta merupakan Pegawai Skim S Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan NGO telah menyertai bengkel ini.
Profesionalisme Kerja Belia (PKB) merupakan usaha untuk memperkasakan pembangunan belia di Malaysia.
Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah.
PUTATAN, 22 May 2025 (Khamis) - Bahagian Pengurusan Jabatan Belia Dan Sukan (Persekutuan) Sabah telah menjalankan kerja pelupusan fail dan rekod jabatan bermula dari tahun 1992 sehingga 2017 yang telah mendapat kelulusan daripada pihak Arkib Negara Malaysia dan Jabatan Akauntan Negara, pada 21 dan 22 May 2025.
Pihak jabatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam kerja pelupusan ini.
KOTA KINABALU, 20 Mei 2025 - Satu Mesyuarat Penyelarasan Projek Reben Kuning Peringkat Negeri Sabah telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Jabatan Penjara Negeri Sabah.
Agenda utama yang dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah mengenai senarai cadangan syarikat yang akan terlibat dalam pelaksanaan Projek Reben Kuning ini yang mana para peserta akan ditempatkan bekerja dengan industri atau syarikat selama 6 bulan.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh PKK Ab Nasif bin Sarahan, Timbalan Pengarah, Jabatan Penjara Negeri Sabah.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah dan Puan Jamnah Jamrang, Pegawai Eksekutif PERKESO Negeri Sabah.
Anda berumur 18 hingga 30 tahun? Aktif, berwawasan dan mahu mencorak masa depan negara? 🤔
Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) kini membuka pencalonan untuk Ahli Lantikan Menteri! 🤝
Ini peluang untuk anda:
✔️ Suarakan isu pembangunan belia secara terus kepada pihak Kerajaan
✔️ Nilai tambah kepada profail diri belia
✔️ Bina jaringan bersama pemimpin-pemimpin persatuan belia lain seluruh negara
Kami cari anda yang:
✅ Berfikiran kritikal
✅ Aktif dalam komuniti atau organisasi belia
✅ Mempunyai idea segar dan semangat untuk membawa suara belia
Jangan tunggu lagi. Suara anda penting.
Klik link di bio atau imbas kod QR di poster untuk info lanjut & permohonan 🙌
Pautan permohonan juga boleh diakses seperti berikut: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeEk75AMSGdi8IHXI-LlAa5nWy-oA4hX_hlsMXQt2FVe6M9_g/viewform?usp=dialog 🔗
KOTA KINABALU ,17 Mei 2025- Sempena Hari Belia Negara peringkat Negeri Sabah telah diadakan Pavilion Rakan Muda bertempat di Kompleks Sukan Kota Kinabalu.
Pavilion Rakan Muda telah dikunjungi oleh para belia dari pelbagai latar belakang di seluruh Negeri Sabah. Antara pengisian dan aktiviti di Pavilion Rakan Muda ialah pendaftaran sukarelawan,promosi program -program Rakan Muda dan aktiviti indoor games yang dikunjungi lebih daripada seribu orang belia.
KELAB BELIA FLAT MPS KARAMUNTING SANDAKAN DINOBAT SEBAGAI JOHAN KATEGORI PERTUBUHAN BELIA APBN SABAH 2025
KOTA KINABALU, 17 MEI 2025 - Bagi Kategori Pertubuhan Belia, Kelab Belia Flat MPS Karamunting Sandakan telah dinobat sebagai Johan yang membawa pulang Trofi dan Wang Tunai RM 15,000. Kelab ini telah mendapat Penarafan 5 Bintang selama Lima Tahun berturut-turut daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Negeri Sabah telah memenangi Naib Johan dan membawa pulang sebuah Trofi dan Wang Tunai RM 8,000. Pertubuhan ini bergiat aktif dalam program-program keagamaan kepada komuniti setempat dan turut aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelaan.
Manakala bagi tempat Ketiga telah dimenangi oleh Gabungan Belia Persatuan Bahagian Tawau (GABETA) merupakan pertubuhan yang bergiat aktif dalam aktiviti kesukarelaan, komuniti belia setempat dan antarabangsa.
ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA JULANG NAMA RAHIM ABSYAH
KOTA KINABALU, 17 Mei 2025 - Encik Rahim Absyah bin Abd Wahab berasal dari Daerah Semporna merupakan seorang usahawan dan pemilik syarikat Makanan Absyah Food Enterprise yang telah dinobatkan sebagai Sabah Trusted Brand Award 2023. Beliau membawa pencalonan dari Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau menjadi Johan bagi Kategori Individu Lelaki dan membawa pulang sebuah Trofi dan Wang Tunai RM 5,000.
Naib Johan bagi kategori ini pula dimenangi oleh Encik Mohd Dhihya bin Sahlan yang berasal dari Kg. Sondoton Baru, Keningau merupakan seorang pengacara bebas dan penyampai Berita RTM.
Berasal dari Kota Marudu, Encik Datu Muhammad Farid bin Datu Liman telah mendapat tempat Ketiga bagi kategori ini merupakan seorang guru yang aktif dalam bidang kesukarelawanan.
SITI SUBAILAH JOHAN KATEGORI INDIVIDU WANITA APBN SABAH 2025
KOTA KINABALU, 17 Mei 2025 - Puan Siti Subailah binti Suod telah menjadi Johan bagi Kategori Individu Wanita Anugerah Perdana Belia Negara 2025 membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM 5,000. Beliau dicalonkan oleh Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Kudat berasal dari Daerah Kota Marudu merupakan pengasas dan pemilik Syarikat Bellazyme Bougainvillea dan Borneo Fertilyst selain pernah menerima Anugerah The 7th Giving Economy Awards 2024 (Peringkat Antarabangsa).
Manakala Naib Johan bagi kategori ini dimenangi oleh Puan Satra bin Nur Izman yang mebawa pulang sebuah Trofi dan Wang Tunai sebanyak RM 3,000. Pencalonan beliau adalah dari Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat. Puan Satra juga merupakan Pengarah Urusan Lan’s Motor Service Centre dan penerima Anugerah Harapan Kepimpinan dan Kemasyarakatan Gemilang Madani 2025.
Puan Chang Shue Yin ialah Pengasas dan Ketua Pasukan Athenians (KK Hakka) Dragon Boat Team serta Naib Johan Pertandingan Debat Mandarin (JCI) Peringkat Kebangsaan 2024 yang membawa pencalonan dari Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat telah memenangi tempat Ketiga yang membawa pulang sebuah Trofi dan Wang Tunai RM 2,000.
Semua hadiah disampaikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.
ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) PERINGKAT NEGERI SABAH 2025
KOTA KINABALU, 17 Mei 2025 - Sebanyak 3 Kategori pencalonan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) yang dipertandingkan. Antaranya adalah Kategori Individu Lelaki, Individu Wanita dan Pertubuhan Belia.
Penyampaian hadiah kepada pemenang APBN telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah di dalam Majlis Perasmian Karnival Belia Sabah sempena Sambutan Hari Belia Negara 2025.
Penganjuran APBN ini adalah platform untuk meraikan dan mengiktiraf golongan belia selain memberi penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah banyak memberi sumbangan untuk pembangunan belia di Malaysia dan menggalakkan penglibatan belia dalam kerja-kerja sukarela serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat.
Turut bersama dalam Majlis Penyampaian ialah YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk Ellron Angin, Menteri Belia dan Sukan Sabah, YB Datuk Fairuz bin Renddan, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, YBhg. Datuk Mansur Haji Asun, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah, YBrs. Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dan YBrs. Encik Abqaree Fawwaz Abekan, Presiden Majlis Belia Sabah.
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262