KUNJUNGAN HORMAT PESERTA MYCORPS MISSION 9 BORNEO
PUTATAN, 17 Februari 2025- Yang Berusaha En Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah telah menerima kunjungan hormat daripada peserta MyCorps Mission 9 Borneo pada hari ini.
Peserta Mycorps ini telah ditempatkan di Pulau Gaya Kota Kinabalu selama sebulan bermula 4 Februari 2025 hingga 2 Mac 2025 untuk menyelesaikan projek mereka yang berbentuk pendidikan dan kesihatan diri.
Para peserta MyCorps ini juga telah berkongsi pengalaman mereka sepanjang 2 minggu pertama berada di Pulau Gaya semasa kunjungan tersebut. Pengarah mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan ini kerana berjaya menyesuaikan diri di penempatan dan semoga misi mereka selesai dengan jayanya.
Turut bersama dalam kunjungan ini ialah pegawai dari Bahagian Pembangunan Rakan Muda.
- JBS Sabah
- Hits: 94