MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) BAHAGIAN SANDAKAN PENGGAL KE-35, SESI 2025-2026

MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) BAHAGIAN SANDAKAN PENGGAL KE-35, SESI 2025-2026

MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) BAHAGIAN SANDAKAN PENGGAL KE-35, SESI 2025-2026

SANDAKAN, 2 JULAI 2025-Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Bahagian Sandakan bagi Penggal Ke-35, Sesi 2025–2026 telah berlangsung di Dewan Persidangan Majlis Perbandaran Sandakan yang menghimpunkan para pemimpin belia dari daerah Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Telupid, Tongod dan Paitan bagi membincangkan pelbagai usul dan resolusi untuk memperkasa golongan belia bahagian Sandakan.

Majlis ini diperngerusikan oleh Ybhg Tuan Walter Kenson Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Belia Negara Bahagian Sandakan.  Pengerusi menekankan bahawa MPBN ialah platform bagi mengadakan perbincangan secara konstruktif dan inklusif berkaitan pembangunan belia, mengangkat suara belia ke peringkat tertinggi kerajaan dan ianya juga untuk memperkasakan pembangunan belia daripada pelbagai perspektif yang memberikan impak positif kepada bahagian Sandakan.

Pengerusi MPBN Bahagian Sandakan, dalam ucapan penutup berkata:

“Besarlah harapan saya agar setiap usul yang dikemukakan pada hari ini dapat diselesaikan diperingkat bahagian, negeri dan kebangsaan untuk memperkasa pembangunan belia negara khususnya bahagian Sandakan.

Majlis ini juga dihadiri oleh Encik Mohd Syahrin bin Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Sandakan dan Encik Roland Henry Lindan, Pegawai Pengelola Kementerian Belia dan Sukan Sabah Bahagian Sandakan selaku Setiausaha bersama MPBN sandakan serta Encik Irman Tajuddin Setiausaha Majlis Perbandaran Sandakan, Agensi-Agensi Kerajaan  Negeri dan Persekutuan serta Pertubuhan Belia di Bahagian Sandakan.

 

Oleh :
Jius Gokin
PBSB Sandakan

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-10-2025, 07:23:45

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search