KEMBARA JOM @KG BIAH TENGAH, KENINGAU
KENINGAU, 6 September 2024 - Ketibaan YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia disambut mesra oleh YB Datuk Ellron Angin, Menteri Belia dan Sukan Sabah di Dewan Datuk Ellron Angin, Kg. Biah Tengah, Keningau.
Selepas sesi dialog bersama para belia Kg. Biah Tengah YB Adam Adli sempat bersama belia dan penduduk mencuba sukan tradisional seperti Melastik dan Menyumpit, Bola Tampar dan Senamrobik.
Turut bersama dalam program di Kg. Biah Tengah ini ialah YBhg. Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah, (Pembangunan Belia) JBSN dan YBrs. Encik Apui Jan, Pengarah JBS Sabah.
Disediakan oleh :
Mohamad Safwan Ibrahim
JBS Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 104