
- JBS Sabah
- Hits: 49
PROGRAM INTERVENSI PEMERKASAAN EKONOMI (PIPE) PERINGKAT NEGERI SABAH 2025
- JBS Sabah
- Hits: 49
PROGRAM INTERVENSI PEMERKASAAN EKONOMI (PIPE) PERINGKAT NEGERI SABAH 2025
SOOK, 20 Jun 2025 - Program Intervensi Pemerkasaan Ekonomi (PIPE) merupakan merupakan inisiatif baharu bagi memperkasa ekonomi belia dengan memberi pendedahan berkaitan penciptaan dan peluang pekerjaan yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menyasarkan penglibatan Belia Berisiko serta Belia Minoriti dan golongan terpinggir seperti digariskan dalam Dasar Belia Malaysia (DBM).
Bagi negeri Sabah, PIPE dilaksanakan bermula 20 hingga 21 Jun 2025 di Trusmadi Campsite Resort (TCR), Kg. Sinaron, Sook yang melibatkan seramai 30 orang Peserta.
Hari pertama program diisi dengan Sesi Pendaftaran, Sesi Suai Kenal, Slot Pengenalan Pertanian Secara Hidroponik, Pengenalan kepada Peralatan Hidroponik dan Amali Sistem Hidroponik Takungan yang disampaikan oleh Encik Amran Jining, Pengurus Trusmadi Farm.
Oleh :
Mohamad Safwan bin Ibrahim
JBS Sabah