
LAWATAN KE TAPAK CADANGAN PROGRAM KEMBARA JOM
TAWAU, 17 Jun 2025 - Lawatan Tapak Cadangan Bagi Pelaksanaan Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Zon Borneo 1 Tahun 2025 diketuai oleh Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mengenalpasti lokasi pelaksanaan Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) yang bakal dilaksanakan di Bahagian Tawau. Antara lokasi yang menjadi tapak cadangan bagi program ini adalah Kg. Merotai Besar, Kg. Kongsi 8 dan Kg. Pasir Putih.
Turut bersama dalam sesi lawatan ini ialah Encik Mohd Faiz Ridwan bin Mohd Noor, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Tawau.
Oleh :
Mohamad Safwan bin Ibrahim
JBS Sabah