MALAYSIA MARA KE FINAL PESTABOLA MERDEKA 2024
KOTA MARUDU, 04 September 2024 - Laungan gembira lebih 450 orang hadir di Program Tayangan Skrin Besar Perlawanan Bola Sepak Pestabola Merdeka diantara Malaysia dan Filipina bertempat di Pentas Terbuka Kg. Tagaroh Kota Marudu, Sabah setelah Pasukan Malaysia berjaya meledak 2 gol berbalas 1 terhadap pihak lawan.
Program Tayangan Skrin Besar diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada penyokong pasukan Malaysia menonton secara langsung di skrin besar yang disediakan bersama komuniti setempat.Program ini juga merupakan kerjasama diantara KBS dan mendapat sokongan penyiaran dari pihak Astro.
Hadir sama menyokong dan memeriahkan program YBhg. Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
- JBS Sabah
- Hits: 181
