SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN TAWAU 2025

SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN TAWAU 2025

SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN TAWAU 2025

LAHAD DATU, 15 Mei 2025 - Kolej Vokasional Lahad Datu telah menjadi tuan rumah pelaksanaan Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Tawau.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program berlansung. Antaranya adalah Senamrobik, Pertandingan E-Sport, Pameran Kelab Rakan Muda Tawau, Ceramah, Persembahan Kebudayaan dan Bacaan Ikrar Belia Malaysia yang meliputi 13 Port/Segmen aktiviti dan Gaya Hidup Rakan Muda.

Rakan strategik lain yang terlibat dalam menjayakan Semarak HBN pada kali ini adalah Pejabat Kesihatan Daerah Lahad Datu, Smk Segama Lahad Datu, SM Sains Lahad Datu, AADK Tawau, Smk Kuhara Tawau, KBSS Pantai Timur, Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau, Kelab Rakan Muda Tawau dan Kelab Larian Alangkas Lahad Datu.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Encik Amirullah bin Laupe, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Kolej Volasional Lahad Datu.

Turut bersama dalam majlis ini ialah Encik Mohd Faiz Ridwan bin Mohd Noor, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Tawau.

 

Yakin Boleh!!!
Belia Sabah Maju Jaya!!!

 

Oleh :
Mohd Ali Abdul Sari
PBSB Tawau

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-10-2025, 16:38:15

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search