KEM BELIA PERINGKAT NEGERI SABAH TELAH DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA
KOTA BELUD, 21 Julai 2024 - Kem Belia Peringkat Negeri Sabah melibatkan seramai 69 orang peserta telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di 3H Sunset Beach, Kg. Nanamun, Kota Belud.
Objektif utama pelaksanaan Program ini adalah untuk melahirkan belia yang mempunyai kesedaran terhadap matlamat hidup dan tanggungjawab diri, keluarga, agama, bangsa dan negara selain meningkatkan kesedaran serta pengetahuan mengenai bahaya masalah sosial dalam kalangan belia.
Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Encik Abqaree Fawwaz Abekan, Pengarah IKEBS merangkap Presiden Majlis Belia Sabah.
Turut bersama dalam majlis ini ialah Encik Noorman Bin Ramlan, Timbalan Pengarah, JBS Sabah, Puan Mardiana Ambo Ache, Pegawai Pembangunan Sosial, BPB, JBS Sabah dan Puan Nur Viva Farah Syuhada Akun, Pegawai Pembangunan Sosial, CPS, JBSN.
Disediakan oleh :
Mohamad Safwan Ibrahim
JBS Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 128
