PERBINCANGAN BERSAMA SEKRETARIAT MPBN NEGERI SABAH

PERBINCANGAN BERSAMA SEKRETARIAT MPBN NEGERI SABAH

KOTA KINABALU, 12 Februari 2025 – Satu sesi perbincangan mengenai Program Majlis Perundingan Belia Negara telah diadakan di Kementerian Belia dan Sukan Sabah.

Objektif utama perbincangan adalah untuk penyelarasan pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara pada tahun ini agar dapat berjalan mengikut garis masa yang telah ditetapkan.

Kementerian Belia dan Sukan Sabah diwakili oleh Puan Salmiah binti Salleh, Ketua Sekretariat MPBN Negeri Sabah.

Turut bersama dalam perbincangan ini ialah Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dan Encik Mohd Nur Hilmie bin Milus, Timbalan Presiden Majlis Belia Sabah

 

Oleh :
Mohamad Safwan Ibrahim
JBSN Sabah

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-10-2025, 19:37:29

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search