
- JBS Sabah
- Hits: 87
SUASANA PEMANDANGAN GUNUNG MEMAYUNGI EKSPLORASI RAKAN MUDA:KONSERVASI@KINABALU SABAH 2024
- JBS Sabah
- Hits: 87
SUASANA PEMANDANGAN GUNUNG MEMAYUNGI EKSPLORASI RAKAN MUDA:KONSERVASI@KINABALU SABAH 2024
23 September 2024, Kundasang- Seramai 77 peserta menyertai Eksplorasi Rakan Muda: Konservasi@Kinabalu 2024 yang diadakan di kawasan sekitar Pekan Kundasang.
Penganjuran program bersama rakan strategik Jawatankuasa Kesejahteraan Bandar (JKDB) Pekan Kundasang dan Majlis Daerah Ranau adalah untuk mendedahkan kepada belia, berkaitan kepentingan memulihara kelestarian alam semulajadi di samping menjalankan aktiviti khidmat komuniti. Program yang turut dijayakan bersama Kelab Anak Muda Pekan Kundasang dan Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah telah berjaya mengumpul hampir 2 tan sampah domestik yang dikutip di sekitar Pekan Kundasang.
Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah. Turut hadir bersama ialah Puan Metchella Febrynna Metha, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, Encik Suatin Mayor, JKDB Pekan Kundasang dan Encik Wilfred Francis, Penolong Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Ranau dan Pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negara.