- JBS Sabah
- Hits: 108
LESTARI HIJAU SIRI 1 SABAH MERIAHKAN HARI MERDEKA DAN HARI SABAH
- JBS Sabah
- Hits: 108
LESTARI HIJAU SIRI 1 SABAH MERIAHKAN HARI MERDEKA DAN HARI SABAH
31 Ogos 2024, Kota Kinabalu- Seramai 39 orang belia menyertai Program Lestari Hijau Siri 1 yang telah diadakan di Bukit Kopungit, Kota Kinabalu.
Penganjuran program bersama rakan strategik Kelab Anak Muda Progresif Beverly Hills adalah untuk mendedahkan kepada belia, berkaitan kepentingan memulihara kelestarian alam semulajadi di samping menjalankan aktiviti yang sihat serta membantu memelihara keindahan alam sekitar melalui khidmat komuniti yang dilaksanakan serentak dengan aktiviti riadah dan rekreasi.
Pendakian Bukit Kopungit, Senam Cergas, Plogging serta Kuiz Kemerdekaan adalah antara aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang program tersebut. Pelepasan pendakian disempurnakan oleh Puan Metchella Febrynna Metha, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.