PRA PERSIDANGAN MPBN NEGERI SABAH 2024
9 Ogos 2024, Kota Kinabalu - YBhg. Datuk Mansur Hj Asun, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah telah mempengerusikan Pra Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Sabah 2024.
Sebanyak 8 usul telah dipilih untuk dibentangkan dalam Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Sabah yang akan berlansung pada 12 Ogos 2024.
Semua usul yang dibawa oleh 6 Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Bahagian telah ditapis dan dipilih untuk dibentangkan di peringkat negeri.
Turut bersama dalam Pra Persidangan ini ialah Encik Charles William Darby, Timbalan Setiausaha Tetap KBSS dan Encik Noorman Bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah.
Disediakan oleh :
Mohamad Safwan Ibrahim
JBS Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 102
