
- JBS Sabah
- Hits: 105
PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2025/ 1446H
- JBS Sabah
- Hits: 105
PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2025/ 1446H
PUTATAN , 13 Mac 2025 (Khamis ) – Telah berlangsung Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025/ 1446H bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan, Putatan. Program ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Daerah Putatan.
Objektif pelaksanaan program ini adalah sebagai satu platform yang dapat menarik minat belia untuk menghidupkan bulan Ramadan al-Mubarak dengan pengisian aktiviti dan program kerohanian.
Aktiviti utama dalam pelaksanaan program ini adalah Pertandingan Hafazan bagi kategori Lelaki dan Wanita. Johan Kategori Lelaki telah dimenangi oleh adik Az-Zahazan Imtiaz Zuhairy bin Zulkarnain manakala Johan Kategori Wanita dimenangi oleh adik Nurin Nuha binti Mohd Aziz sekaligus akan mewakili peringkat Negeri ke pertandingan peringkat Kebangsaan pada 20 Mac 2025.
Antara lain pengisian program ini adalah Tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Raj Shariff Benjamin Sah Jr. Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Tuan Mohd Suffian bin Datuk Matin, Setiausaha Politik, Kementerian Kerja Raya Sabah dan disusuli dengan Majlis Berbuka Puasa bersama peserta, guru pengiring, ibu bapa, jawatankuasa program serta jemputan orang awam.
Turut hadir Tuan Mohamad Ikram bin Aidi , Penolong Pegawai Daerah (Kanan), Pejabat Daerah Putatan dan Encik Noorman Ramlan , Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
Disediakan oleh : Rakan Muda JBS(P) Sabah