- JBS Sabah
- Hits: 75
KUNJUNG HORMAT YB TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA KEPADA YB MENTERI BELIA DAN SUKAN SABAH
KUNJUNG HORMAT YB TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA KEPADA YB MENTERI BELIA DAN SUKAN SABAH
YB Adam Adli bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia bersama rombongan telah melakukan sesi kunjung hormat kepada YB Datuk Ellron Angin, Menteri Belia dan Sukan Sabah di Hotel Sheraton, Kuching, Sarawak.
Sesi kunjung hormat ini diadakan bagi memaklumkan pelaksanaan Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara Jom) yang akan dilaksanakan di negeri Sabah pada 1 hingga 7 September 2024 yang melibatkan beberapa tempat di negeri ini.
Turut bersama di dalam perjumpaan ini ialah YB Fairuz bin Renddan, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, YBhg. Datuk Mansur Hj Asun, SUT KBSS, YBrs Encik Mohd Asneh Mohd Noor, Pengarah MSN Sabah, Encik Abqaree Fawwaz Abekan, Presiden Majlis Belia Sabah manakala pihak JBSN diwakili oleh YBrs. Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, YBrs. Encik Apui Jan, Pengarah JBS Sabah dan Encik Mohd Izwandy bin Ismail, Pengarah Cawangan Kepimpinan, Bahagian Pembangunan Belia.
Disediakan oleh :
Mohamad Safwan Ibrahim
JBS Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 75