
- JBS Sabah
- Hits: 39
SESI PRE-COUNCIL MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA BAHAGIAN PEDALAMAN BAWAH TAHUN 2025
- JBS Sabah
- Hits: 39
SESI PRE-COUNCIL MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA BAHAGIAN PEDALAMAN BAWAH TAHUN 2025
BEAUFORT, 11 Jun 2025 - Satu sesi Pre-Council Majlis Perundingan Belia Bahagian Pedalaman Bawah telah diadakan di Bilik Mesyuarat , Pejabat Kementerian Belia Dan Sukan Sabah,Bahagian Pedalaman Bawah sebagai persediaan ke arah persidangan penuh Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Bahagian yang dijadualkan berlangsung dalam masa terdekat.
Sesi ini menghimpunkan wakil-wakil belia dari daerah Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu, termasuk wakil Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah dan pemimpin pertubuhan belia tempatan.
Antara agenda utama sesi pre-council ini termasuk:
Penyelarasan dan pembentangan usul belia peringkat bahagian untuk dibawa ke persidangan penuh.
Perbincangan keutamaan pembangunan belia di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Libat urus bersama agensi sokongan dan pihak berkepentingan.
Pre –Council ini di pengerusikan Oleh Mohd. Raiful Bin Madarun, Pegawai Belia Dan Sukan, Pejabat Belia Dan Sukan (P) Bahagian Pedalaman Bawah.Turut hadir, Pegawai Pengelola Kementerian Belia Dan Sukan Bahagian Pedalaman Bawah (Beaufort), Sipitang dan Kuala Penyu.
“Pre-council ini bukan sekadar persediaan, tetapi platform membentuk penyatuan suara dan hala tuju pembangunan belia secara kolektif di bahagian Pedalaman Bawah,” ujar beliau dalam ucapan ringkas.
Pertubuhan Belia turut mengambil kesempatan mengemukakan usul-usul penting termasuk cadangan pembinaan tapak perkhemahan belia, pewujudan Skate Park, pengiktirafan belia di peringkat akar umbi, serta program latihan keusahawanan berfokuskan belia luar bandar.
Sesi diakhiri dengan perbincangan rangka tindakan bersama serta komitmen untuk memperkukuh penyertaan belia dalam proses pembangunan komuniti dan dasar.
Oleh :
Zazali bin Zahari
PBSB Beaufort