- JBS Sabah
- Hits: 118
KURSUS PEMIMPIN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) PERINGKAT ZON SABAH DAN LABUAN BERLANGSUNG DI SABAH
KURSUS PEMIMPIN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) PERINGKAT ZON SABAH DAN LABUAN BERLANGSUNG DI SABAH
22 Ogos 2024, KOTA KINABALU -Seramai 50 orang peserta dari Sabah dan Labuan yang terdiri daripada guru, badan bukan kerajaan (NGO), pegawai –pegawai belia dan sukan dan pelajar IPTA telah menyertai kursus Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda di Kota Kinabalu Sabah pada 20 hingga 22 Ogos 2024 lepas.
Sesi tersebut telah disampaikan oleh Puan Nur Hashiqin binti M.Ali Othman dari Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negara dan En Potter Ka Kai Fong dari sekretariat ARPRM. Semasa kursus tersebut, antara modul yang disampaikan ialah Konsep dan Falsafah ARPRM , Peranan dan Pendaftaran Badan Operasi dan taklimat Sistem ARPRM. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Puan Metchella Febrynna Metha, mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
- JBS Sabah
- Hits: 118
