
- JBS Sabah
- Hits: 100
UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK) KADET PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK BERJALAN LANCAR
- JBS Sabah
- Hits: 100
UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK) KADET PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK BERJALAN LANCAR
TUARAN, 24 April 2025 - Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi sesi pengambilan Kadet Pegawai Tadbir Diplomatik di INTAN Kampus Sabah telah dijalankan pada 21-24 April 2025.
Sepuluh (10) orang penguji UKJK yang terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah bertugas pada sesi kali ini dan diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Rizuan Abd. Majid, Pegawai Rekreasi, Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
Sesi UKJK ini diselaraskan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.