- JBS Sabah
- Hits: 68
KUNJUNG HORMAT KETUA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA KE ATAS MENTERI BELIA DAN SUKAN SABAH
- JBS Sabah
- Hits: 68
KUNJUNG HORMAT KETUA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA KE ATAS MENTERI BELIA DAN SUKAN SABAH
KOTA KINABALU, 6 MEI 2025 – Telah berlangsung hari ini kunjung hormat YBrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara ke atas Menteri Belia dan Sukan Sabah di Wisma MUIS, Kota Kinabalu Sabah.
Semasa kunjung hormat tersebut telah dibentangkan perancangan program –program belia , sukan dan Rakan Muda yang dilaksanakan peringkat negeri dan kebangsaan. Turut dibincangkan secara lanjut untuk jalinan kerjasama ialah program 'ASEAN Youth Volunteer' di Sabah dan Sarawak sempena Kepengerusian ASEAN - Malaysia 2025.
Turut hadir, YBhg. Datuk Mansur Hj. Asun, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah, En. Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Timbalan Ketua Pengarah (Rakan Muda) JBSN dan En. Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Negeri Sabah.
#JBSSabah
#RakanMuda
#MalaysiaMADANI
#MyASEAN2025