LAWATAN KETUA SETIAUSAHA KBS, YBHG. DATO' TS. DR. NAGULENDRAN KANGAYATKARASU SUNTIK SEMANGAT WARGA PBSB TAWAU

LAWATAN KETUA SETIAUSAHA KBS, YBHG. DATO' TS. DR. NAGULENDRAN KANGAYATKARASU SUNTIK SEMANGAT WARGA PBSB TAWAU

TAWAU, 11 MEI 2025- PBSB Tawau telah menerima kunjungan dan lawatan istimewa YBhg. Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu seusai Majlis Penutup Program MADANI Rakyat 2025 Peringkat Negeri Sabah.

Pegawai Belia Dan Sukan (P) Bahagian Tawau, Encik Mohd Faiz Ridwan bin Mohd Noor telah memberi taklimat dan penerangan ringkas berkaitan pentadbiran, cabaran,usaha dan inisiatif dalam perlaksanaan program Pembangunan Belia Dan Sukan di Bahagian Tawau.
YBhg. Dato' Ts. Dr. KSU turut meluangkan masa beramah mesra dengan warga kerja PBSB Tawau dan berbincang berkaitan kebajikan warga kerja PBSB Tawau dan juga ahli keluarga.

Turut hadir bersama adalah Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia Dan Sukan (P) Negeri Sabah, Encik Fedrius Jumi.
Seluruh warga kerja PBSB Tawau amat berbesar hati menerima kunjungan dan berterima kasih kepada YBhg Dato' Ts. Dr. KSU diatas kesudian dan keprihatinan yang ditunjukkan. Lawatan ini menyuntik lagi semangat warga kerja untuk sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik selaras dengan aspirasi dan hala tuju Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia serta Kerajaan Malaysia.

Disediakan Oleh : PBSB Tawau
#MalaysiaMadani
#JBSNBersama
#jbssabah

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-10-2025, 16:38:15

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search