- JBS Sabah
- Hits: 59
KERJASAMA PADU JAYAKAN SAMBUTAN SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN PANTAI BARAT 2025
- JBS Sabah
- Hits: 59
KERJASAMA PADU JAYAKAN SAMBUTAN SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN PANTAI BARAT 2025
PUTATAN, 30 APRIL 2025 - Putatan sekali lagi dipilih menjadi lokasi Sambutan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Pantai Barat Tahun 2025. Pada kali ini Tapak Mobile Kiosk Putatan diharap akan menjadi lokasi yang strategik sepanjang pelaksanaan program ini nanti.
Kunjung hormat dan seterusnya satu perbincangan khusus pelaksanaan program ini telah diadakan bertempat di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Putatan dan dipengerusikan oleh Encik Abdul Hasrul bin Sulaiman, Pengurus Pertubuhan Peladang Kawasan Putatan.
Beberapa acara telah dibincangkan sempena program tersebut antaranya karnival makanan dan minuman, himpunan motosikal custom,
Putatan Got Talent, Pertandingan Mobile Legends dan banyak lagi.
Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat sebagai penganjur amat berharap kolaborasi ini dapat mencapai objektif pelaksanaan program iaitu meraikan Hari Belia Negara melalui aktiviti mesra belia,
penyediaan ruang untuk belia menonjolkan bakat, minat dan kreativiti, menggalakkan penyertaan belia dalam pembangunan komuniti serta mempromosikan program Rakan Muda.
Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Puan Dayangku Rahimah binti Pg. Hassan, Pegawai Belia dan Sukan, PBSB Pantai Barat, Tuan Mohd Isquzawan Israq bin Datuk Arsit, ALK PPK Putatan, Encik Mohd Nor Hazwan bin Abas, Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Bahagian Pantai Barat Selatan, dan Encik Mohd Iskandar bin Sulaiman, Pengerusi Kelab Belia Inovasi Kampung Sendil Putatan.
Disediakan Oleh : PBSB Pantai Barat