PROGRAM ADVOKASI KOD SUKAN SELAMAT PERINGKAT NEGERI SABAH SIRI 1/2024
Program Advokasi Kod Sukan Selamat Siri 1 Peringkat Negeri Sabah 2024 bertempat di Perpustakaan Daerah Beaufort. Program tersebut dijalankan bersama melalui kerjasama pelaksanaan Program Kepimpinan yang dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah melalui KBSS Bhg. Pedalaman Bawah dan Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah melalui PBS (P) Bhg. Pedalaman Bawah.
Seramai 127 orang peserta yang terdiri daripada badan sukan, kelab/persatuan belia, atlet, jurulatih, warga pendidik di sekolah-sekolah dan PPD serta pelbagai agensi dan pemegang taruh dalam komuniti sukan di peringkat akar umbi telah menyertai program ini. Selain mengeratkan silaturrahim di antara satu sama lain, program ini juga bertujuan mendedahkan peserta berkaitan etiket sosial, protokol, pengurusan majlis dan advokasi kod sukan selamat. Turut disentuh adalah berkaitan prosedur asas pendaftaran badan sukan dan pelaporan MYKB di Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
Slot kepimpinan telah disampaikan oleh Puan Aidilina Mahili, Peg. Perunding Latihan INTAN Sabah dengan topik etiket sosial, protokol dan pengurusan majlis. Slot taklimat tatacara badan sukan disampaikan oleh En. Andy Suhardy, Pen. Peg. Belia dan Sukan, Unit Pembangunan Sukan PBS (P) Bhg. Pedalaman Bawah dan slot terakhir berkaitan Advokasi Kod Sukan Selamat telah disampaikan oleh En. Mohd. Raiful Madarun, Peg. Belia dan Sukan PBS (P) Bhg. Pedalaman Bawah.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Mazlan @ Joehari Manan, Peg. Khas kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Skuad AADK Sabah. Turut hadir Tn. Charles William Dabbi, Timb. Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah, En. Muhamad Ifnuh Sumbogo, Peg. Pengelola Belia dan Sukan KBSS Bhg. Pedalaman Bawah, En. Mohd. Raiful Madarun, Peg. Belia dan Sukan (P) Bhg. Pedalaman Bawah bersama tetamu jemputan yang lain.
Ribuan terima kasih kepada semua peserta atas kehadiran dan komitmen dalam program ini. Syabas dan tahniah diucapkan.
- JBS Sabah
- Hits: 145
