
Taklimat Penyelarasan Pemarkahan APBN Peringkat Negeri 2025
KOTA KINABALU, 26 Februari 2025 - Satu Taklimat penyelarasan pemarkahan Anugerah Perdana Belia Negara secara dalam talian telah dilaksanakan Melibatkan Sekretariat Anugerah Perdana Belia Negara dan semua pegawai Unit Kepimpinan negeri dan panel penilai yg dilantik di setiap negeri.
Taklimat adalah bertujuan untuk menyelaras skema pemarkahan Anugerah Perdana Belia Negara bagi tahun 2025. Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah diwakili oleh Puan Jovanna Juanis dan Puan Arnizah binti Riman, Pegawai Unit Pembangunan Kepimpinan, Bahagian Pembangunan Belia.
Taklimat ini disampaikan oleh Encik Mohd Izwandy bin Ismail, Pengarah Cawangan Pembangunan Kepimpinan, Bahagian Pembangunan Belia, JBSN.
Oleh :
Mohamad Safwan Ibrahim
JBSN Sabah