
- JBS Sabah
- Hits: 93
RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT BAHAGIAN PANTAI BARAT TAHUN 2025M/1446H
- JBS Sabah
- Hits: 93
RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT BAHAGIAN PANTAI BARAT TAHUN 2025M/1446H
KOTA KINABALU, 11 Mac 2025 - Pejabat Belia Dan Sukan (P) Bahagian (PBSB) Pantai Barat dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHAEINS) Bandaraya Kota Kinabalu, Jawatankuasa Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang dan Kelab Belia Bukit Padang telah mengadakan Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Bahagian Pantai Barat Tahun 2025M/ 1446H.
Program yang diadakan di Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang itu telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada kalangan komuniti setempat dan seramai seratus (100) orang telah hadir terdiri daripada para peserta pertandingan hafazan, guru-guru pengiring, ibu bapa dan ahli kariah masjid.
Pengisian dalam program tersebut adalah Pertandingan Hafazan kategori Lelaki dan Perempuan dan Tazkirah Ramadan bagi mengimarahkan lagi aktiviti sempena menyambut bulan Ramadan di samping menarik minat golongan muda terlibat dalam aktiviti yang berfaedah seterusnya mendapat pahala pada bulan yang mulia ini.
Seramai 63 orang peserta Pertandingan Hafazan yang terdiri daripada pelajar dari Sekolah Ma'ahad Tahfiz dan sekolah menengah di sekitar Kota Kinabalu. Para peserta telah diadili oleh barisan hakim daripada pihak JHAEINS Bandaraya Kota Kinabalu.
Johan Pertandingan Hafazan bagi kategori lelaki telah dimenangi oleh adik Syafiqurrahman Adha bin Amiruddin, manakala johan bagi kategori perempuan pula ialah adik Shazatul Mardhiyah binti Sulaiman. Kedua-dua pemenang adalah dari Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu (SMAKK) dan akan mewakili Bahagian Pantai Barat ke peringkat Negeri yang akan diadakan pada 13 Mac 2025 di Kompleka Belia dan Sukan Negeri Sabah, Putatan.
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Puan Nurul Natrah binti Zainal, mewakili Pegawai Tadbir Agama JHAEINS Bandaraya Kota Kinabalu. Turut hadir bersama Puan Dayangku Rahimah binti Pg.Hassan, Pegawai Belia dan Sukan, PBSB Pantai Barat, Jawatankuasa Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang dan Jawatankuasa Kelab Belia Bukit Padang.
Disediakan oleh :
PBSB Pantai Barat