MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM PESTA RAKAN MUDA MUDI
23 Julai 2024, PUTATAN- Telah berlangsung semalam, Mesyuarat Penyelarasan Program Pesta Rakan Muda Mudi Peringkat Negeri Sabah.Program ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah bersama rakan strategik iaitu Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri Sabah dan Kelab Anak Muda Progresif Beverly Hills.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dan dihadiri pelbagai agensi persekutuan dan juga negeri.
Pelaksanaan program ini merupakan program yang menerapkan beberapa gaya hidup Rakan Muda iaitu Rakan Muzik, Rakan Niaga, Rakan Aktif dan Rakan Ekspresi dan dijangka akan dihadiri seramai 500 orang belia sekitar Kota Kinabalu yang bakal berlangsung pada 7 Ogos 2024.
- JBS Sabah
- Hits: 144
