- JBS Sabah
- Hits: 139
16 PASUKAN BERENTAP DALAM ACARA SEPAK TAKRAW LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) PERINGKAT BAHAGIAN TAWAU 2024
16 PASUKAN BERENTAP DALAM ACARA SEPAK TAKRAW LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) PERINGKAT BAHAGIAN TAWAU 2024
25 Mei 2024 - Bertempat di Kompleks Sukan Tawau, sebanyak 16 pasukan telah bersaing dalam Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Tawau Tahun 2024 bagi acara sepak takraw.
Dalam aksi perlawanan akhir, regu KLTC C telah menewaskan regu Titingan B seterusnya dinobatkan sebagai juara yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM500.00 berserta medal. Manakala regu Titingan B selaku naib juara telah membawa pulang wang tunai RM300.00 dan medal. Tempat ketiga telah dimenangi oleh KLTC B yang membawa pulang wang tunai RM 200. 00 dan medal.
Sesi penyampaian hadiah disempurnakan oleh Encik Jahri Hj. Jaafar, Presiden Persatuan Sepak Takraw Daerah Tawau (ASTAKA) diiringi oleh pegawai Unit Sukan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau; Puan Sukmah Hj Hassan. LSK Tawau kali ini diserikan lagi dengan penambahan hadiah yang disumbangkan oleh Persatuan Sepak Takraw Daerah Tawau (ASTAKA) bagi kategori tekong terbaik, tekong muda terbaik, apit kiri terbaik, apit kiri muda terbaik, killer terbaik dan killer muda terbaik Sukan Sepak Takraw LSK Tawau 2024.
Disediakan oleh:
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 139
