- JBS Sabah
- Hits: 121
SAMBUTAN SEMARAK HBN DAERAH TUARAN
SAMBUTAN SEMARAK HBN DAERAH TUARAN
TUARAN, 15 Mei 2024 - Bertemakan ‘Yakin Boleh’ sambutan ini merupakan pengiktirafan dan penghargaan kepada seluruh belia Malaysia Madani. Semarak Hari Belia Negara 2024 merupakan permulaan (kick off) bertujuan menarik penyertaan belia di peringkat akar umbi dalam menyemarakkan Sambutan HBN 2024 di peringkat negeri dan kebangsaan.
Antara pengisian aktiviti untuk Semarak Hari Belia Negara Daerah Tuaran 2024 ialah ceramah motivasi menjurus kepada pembangunan potensi belia yang merupakan kompenan Rakan Ekperasi dalam elemen 10 Gaya Hidup Rakan Muda selain memfokuskan pelaksanaan Ikrar Belia Malaysia.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Mohammad Ghazali Bin DSP Haji Hajiji, Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan dan Kos Sara Hidup merangkap Pengerusi Kelab Belia Pekan Tuaran. Majlis ini turut dihadiri Encik Mohd Hazreen bin Mahasaan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat, Encik Eldrige Baxter Jilan, Pegawai Pengelola, Kementerian Belia dan Sukan Sabah Bahagian Pantai Barat, Dr Rutil Bin Taising, Pengerusi Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Daerah Tuaran, Encik Mateli Bin Ekeh, Pengerusi Persatuan Guru Besar Daerah Tuaran, Encik Murkam Bin Hj Hussein, Presiden Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS), Puan Nor Yusni Mohd Yusop, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Badin, Cik Rusni Jitah Singh, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Badin, Encik Nasruddin Syah Bin Budiman, Penolong Kanan Tingkatan Enam SMK Badin, Encik Patrick Ewat, Pengarah Program Semarak Hari Belia Negara 2024 Peringkat Daerah Tuaran
Disediakan oleh :
Sukarnih binti Sidik
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 121
