SEMARAK HARI BELIA PERINGKAT DAERAH KUDAT MERIAH
KUDAT, 15 Mei 2024 - Kehadiran Yang Berhormat Dato' Verdon Bahanda, Ahli Parlimen P167 Kudat memeriahkan Program Semarak Hari Belia Peringkat Daerah Kudat bertempat di SMK Abdul Rahim, Kudat.
Kehadiran beliau disambut oleh YBhg. Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
Menurut beliau amat berbesar hati dan menyambut baik pelaksanaan program seumpama ini dalam meraikan dan memperkasakan pembangunan belia di negara ini.
Pelbagai pengisian dan aktiviti yang berjaya dijalankan antaranya ikrar belia,senamrobik dan pengisian sukaneka pada semua yang hadir.
YB Dato' Verdon Bahanda yang juga merasmikan majlis perasmian program telah meluangkan masa beramah mesra dengan pelajar dan guru di sekolah tersebut.
Turut hadir, YBrs. Encik Rozlan Hashim, Pengetua SMK Abdul Rahim, Kudat dan YBrs. Encik Fedrius Bin Jumi, Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
- JBS Sabah
- Hits: 113
