BOLA TAMPAR MULAI AKTIVITI SEMARAK HARI BELIA NEGARA DAERAH RANAU
RANAU, 11 Mei 2024 - Pejabat Belia Dan Sukan ( Persekutuan) Bahagian Pantai Barat, Kementerian Belia Dan Sukan Sabah Bahagian Pendalaman, Skuad AntiDadah Ranau dan Kelab Belia Kampung Mininsalu, Ranau telah melaksanakan Pertandingan Bola Tampar Sempena Program Semarak Hari Belia Negara Daerah Ranau.
Pertandingan ini adalah merupakan salah satu pengisian aktiviti program berkenaan sebelum acara kemuncaknya pada 15 Mei 2024 bertempat di Giat Mara Ranau.
Aktiviti Rakan Aktif telah dapat menarik 150 penyertaan yang terdiri daripada persatuan dan kelab-kelab belia sekitar Daerah Ranau.
Turut hadir memberi sokongan dalam aktiviti ini ialah Encik Mohd Shahfri bin Samiri, Pegawai Pengelola, Kementerian Belia Dan Sukan Sabah Bahagian Pendalaman.
Sukarnih Sidik
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 125











