- JBS Sabah
- Hits: 117
PROGRAM INTERVENSI SOSIAL DARI BELIA UNTUK BELIA (Y2Y) PERINGKAT BAHAGIAN TAWAU 2023
TAWAU, 27 September 2023 - Bertempat di Dewan Sekolah Menengah Pasir Putih Tawau, seramai 100 orang peserta telah menghadiri Program Intervensi Sosial Dari Belia Untuk Belia (Y2Y) Peringkat Bahagian Tawau Anjuran Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau bersama rakan strategik Pejabat Pendidikan Daerah Tawau, SMK Pasir Putih, AADK Tawau, Penjara Tawau dan Kelab Rakan Muda Tawau.
Antara pengisian program adalah sesi ceramah bertajuk Dadah Musuh Utama Negara yang disampaikan oleh Pegawai Antidadah Kebangsaan(AADK) Cawangan Tawau. Seterusnya ceramah berkaitan Hukuman Kesalahan Jenayah Dadah Di Malaysia yang disampaikan Pegawai Penjara Tawau. Selain itu, taklimat berkaitan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) juga diadakan yang disampaikan saudara Alex Dennis, Pemimpin Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Penjara Tawau turut mengadakan pameran di dalam program ini.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Vaea Bin Sarima, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tawau, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Tawau diiringi oleh Encik Mohamad Ali Abdul Sari, Pegawai Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau.
Disediakan oleh :
Mohamad Ali Abdul Sari
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 117



























