
KOTA MARUDU, 17 September 2023 – Telah berlansung Program Rakan Ekspresi : Rakan Muda @ Uji Minda Bahagian Kudat selama dua hari bermula 16 - 17 September 2023 dengan kawasan sasaran di sekitar Pekan Kota Marudu. Program yang dijalankan ini telah dikendalikan oleh beberapa orang Sukarelawan Rakan Muda antaranya Mohd Nur Hakim Bin Jaidi dan Hamidee Bin Begu yang berperanan turun mendekati anak muda di kawasan tumpuan ramai dan seterusnya menguji mereka dengan soalan berkaitan pengetahuan am.
Pelaksanaan program ini bertujuan untuk membina keyakinan diri golongan belia untuk mencuba perkara luar daripada kebiasaan mereka disamping menguji minda serta tahap pengetahuan anak-anak muda masa kini. Program ini juga seterusnya menjadi platform pengenalan Rakan Muda kepada golongan sasar agar lebih ramai lagi yang bersedia dan turut serta dalam program malah menjadi sukarelawan Rakan Muda di masa akan datang.
Hadir sama dalam pelaksanaan program ini Pn. Nyuk Yin Tseu, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kudat.
Disedikan oleh
Unit Pembangunan Rakan Muda
PBSP Bahagian Kudat
- JBS Sabah
- Hits: 133















