- JBS Sabah
- Hits: 122
PROGRAM SPORTS STACKING CHALLENGE PERINGKAT ZON BORNEO 2023 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA




KOTA KINABALU, 5 Ogos 2023 - Program Sport Stacking Challenge yang julung kalinya diadakan di Negeri Sabah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Tahniah dan syabas kepada para peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kategori umur seramai 100 orang yang telah berjaya menyertai bengkel dan pertandingan yang diadakan. Program yang bertujuan memperkenalkan Sport Stacking telah berjaya mencungkil bakat baharu dari kalangan peserta.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh YBrs. Encik Ferdius Bin Jumi, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah. Turut hadir YBrs. Encik Lim Joon Taat, Presiden Persatuan Sukan Stacking Malaysia.
Disediakan oleh
Ryandie Angsukup
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 122




























