- JBS Sabah
- Hits: 204
MESYUARAT JELAJAH GENTA BELIA 2023




KOTA KINABALU, 18 Julai 2023 – Satu mesyuarat Jelajah Genta Belia Negeri Sabah telah dilaksanakan secara atas talian melibatkan pegawai-pegawai belia dan sukan bahagian yang dipengerusikan oleh Encik Noorman Bin Ramlan, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, JBSN Sabah.
Jelajah Genta Belia merupakan program yang berbentuk roadshow merangkumi elemen hebahan, kempen dan promosi bertujuan memberi pendedahan berkaitan inisiatif pemerkasaan ekonomi kepada belia yang akan dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik terpilih seperti Perkeso, MDEC, prasarana, INSKEN, Jabatan Pertanian, Usanita, Majlis Belia Sabah dan myHarapan. Pengisian program melibatkan aktiviti perkongsian ilmu dan maklumat serta jualan komuniti.
Antara objektif program adalah untuk memberi pendedahan kepada belia untuk mendapatkan maklumat berkaitan inisiatif pemerkasaan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan dan bukan kerajaan serta dapat meningkatkan penglibatan belia dalam aktiviti ekonomi bagi meningkatkan keupayaan dan daya saing belia.
Program ini memfokuskan 8 kategori Belia Luar Bandar iaitu Belia Bersekolah, Belia Pengajian Tinggi, Belia Bekerjaya, Perkumpulan Belia, Belia Massa, Belia Malaysia Antarabangsa, Belia Minoriti dan Golongan Terpinggir serta Belia Berisiko. Bagi Negeri Sabah, Program ini akan dilaksanakan di Bahagian Pantai Barat, Sandakan, Tawau dan Keningau.
Pembentangan program Jelajah Genta Belia ini disampaikan oleh Encik Yum Maren Bin Basri dan Puan Melda Ariff, Pegawai Unit Pembangunan Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia, JBSN Sabah.
Disediakan oleh :
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 204






























