- JBS Sabah
- Hits: 187
PERHIMPUNAN MESRA BULANAN JABATAN BELIA DAN SUKAN (PERSEKUTUAN) NEGERI SABAH BIL. 2/2023




KOTA KINABALU, 3 Julai 2023 – Perhimpunan Mesra Bulanan JBSN Sabah Bil. 2/2023 telah berlansung bertempat di Bilik Lok Saga, Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah. YBrs. Encik Apui Jan, Pengarah JBSN Sabah telah menyampaikan amanat kepada semua pegawai dan kakitangan yang hadir. Perhimpunan Mesra Bulanan kali ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Belia, JBSN Sabah.
Dalam majlis ini pihak Kelab Sukan dan Riadah (SURIA) JBSN Sabah juga telah mengambil inisiatif untuk meraikan ulang tahun kelahiran pegawai dan kakitangan yang lahir pada bulan mei hingga julai 2023. Selain itu, pihak kelab juga turut memberikan sumbangan wang ringgit bagi membantu meringankan beban para pegawai dan kakitangan yang telah kehilangan anggota keluarga dan ditimpa musibah baru-baru ini. Sumbangan disampaikan oleh Encik Mohd Rizuan Bin Abd Majid, Presiden Kelab Sukan dan Riadah JBSN Sabah.
Turut bersama dalam majlis ini ialah Encik Noorman Bin Ramlan, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia JBSN Sabah, Encik Fedrius Jumi, Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Sabah, Puan Metchella Febrynna Metha, Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN Sabah dan Puan Ruanah Kassim, Ketua Pembantu Tadbir JBSN Sabah.
Disediakan oleh :
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 187





























