



SANDAKAN, 27 Jun 2023 - Lawatan Tapak dan Projek Menaiktaraf Kompleks Sukan Komuniti Libaran, Sandakan telah diadakan hari ini.Kerja - kerja naiktaraf melibatkan membina baharu gelanggang futsal berbumbung dan kerja-kerja penyelenggaraan yang berkaitan dalam Kompleks Sukan Komuniti Libaran, Sandakan.Pelaksanaan naiktaraf ini melibatkan kerjasama diantara Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, JKR Malaysia dan JKR Daerah Sandakan bagi memastikan kualiti kerja terjamin bagi memberi keselesaan pengguna fasaliti sukan tersebut.
Turut hadir dalam lawatan ini YBrs. Encik Mohd Faez Bin Othman, Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Pembangunan KBS Malaysia, YBrs. Ir. Muhamad Hambali Bin Abd. Ghani, Jurutera Awam Penguasa, JKR Malaysia, YBrs. Encik Virus Dee Aegidius, Jurutera Bahagian JKR Sandakan, YBrs. Encik Fedrius Bin Jumi, Penolong Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dan YBrs. Encik Mohd Syahrin Bin Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan.
Disediakan oleh
Ryandie Angsukup
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 172
































