- JBS Sabah
- Hits: 123
AKTIVTI AMBANG HARI BELIA NEGARA 2023 – FORUM BELIA HARI INI PEMIMPIN MASA HADAPAN




KINABATANGAN, 13 MEI 2023 – Sempena Sambutan Ambang Hari Belia Negara 2023, Persatuan Belia Daerah Kinabatangan (MBDK) telah menganjurkan program forum yang bertajuk “BELIA HARI INI PEMIMPIN MASA HADAPAN”. Forum tersebut disertai seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia Daerah Kinabatangan.
Tujuan forum ini diadakan adalah untuk membincangkan isu-isu semasa berkaitan ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada pada diri belia. Golongan belia selaku pemimpin masa akan datang bukan sahaja perlu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang berguna tetapi mereka juga harus mengambil langkah aktif dalam mempromosikan pembangunan mapan serta memahami peluang-peluang yang wujud.
Forum bersemuka ini melibatkan dua orang panel jemputan iaitu Tuan Abdul Manap Abdul Ruhim (DO Kinabatangan) dan Ustaz Supan Bahrin (Ketua Belia Sandakan) untuk berkongsi pandangan berkaitan dengan ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada pada belia pada masa kini. Turut hadir memeriahkan lagi forum tersebut ialah Puan Anita bt Selamat wakil daripada Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan dan Ybhg. Tuan Johainizamshah Johari(PPM N.58 Lamag). Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Disediakan oleh:
Jius Bin Gokin
PBSB Sandakan
- JBS Sabah
- Hits: 123



























