




SANDAKAN, 14 Mac 2023 - Acara Sepak Penalti berlangsung pada hari kedua Kejohanan Sukan Perpaduan, Persahabatan dan Persefahaman (SUK3P) 2023 hari ini di Kompleks Sukan Sandakan.
Kejohanan yang berobjektifkan "Perpaduan, Persahabatan & Persefahaman" ini berjaya menghimpunkan agensi selaku pemegang taruh bagi pelaksanaan pembangunan sukan di Negeri Sabah. Agensi yang terlibat adalah Jabatan Belia dan Sukan (P) Sabah, Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Lembaga Sukan Negeri Sabah, dan Majlis Sukan Negeri Sabah.
JBS Sabah telah berjaya mara ke Separuh Akhir Kategori Wanita dalam acara sepakan penalti.
Disediakan oleh
Encik Ryandie Angsukup
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 162
























