






KOTA KINABALU, 25 November 2022 – Kem Bakat Badminton KBS Zon Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan 2022 berlangsung mula pada hari ini.
Antara pengisian program adalah sesi perkongsian berkaitan asas pemakanan yang telah dikongsikan oleh Puan Hasila Sekar
Unit Sains Sukan (Pembangunan Sukan) Majlis Sukan Negeri Sabah. Pada sesi malam seterusnya adalah sesi motivasi yang dikongsikan oleh YBhg. Dato' Seri Hj Mohd Jalani Bin Dato' Hj Sidek bersama barisan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri.
Turut bersama YBhg. Tuan Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
Disediakan oleh
Ryandie Angsukup
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 127





























